Tuesday, February 17, 2009

Meredah dan mendaki bukit pulak!!!

Assalammualaikum

Ahah lepas 15/02/2009 bermula 7 pagi berkumpul la kami geng RDS tetapi hanya 4 geng aje yang muncul di laman kita,. Faizal ada cabaran baru di PutraJaya so tinggal la kita 4 org Halim, Aizal, Midi dan Wak. Habib n Zul masih terlajak so kami tak nak kejut selalu nanti kena hambbat org rumah udah lak heheheh

Kami pun memulakan kayuhan kami ke Kelab menembak Kajang untuk memperkenalkan track baru ala mountain bike challenging kepada Wak dan Midi,.. mengayuh susur highway ke LIKAS belok ke simpang Kelab menembak tu.

Penat meredah dan aksi anjing2 tak reti bahasa, saje nak tunjuk hero kat tuan2 dia aje tu,.. tempuh la kami di Tunnel of gelap gulita,. dibawah highway Sg Long hehehehe gelap

Haaa ni dia kami bergambar sempat rehat sebentar!!! belakang tu la tunnel tu



Lepas tu demi mencari cabaran baru kita try la track mendaki bukit ke Sg Kantan seperti dinasihatkan oleh Apek kat situ, tuuu dia,.. tercungap2 aku dan Wak dibuatnya heheheheh ada la setinggi 150m dan kecuraman 80 degree,...Halim dan Midi steady ajer.. tak tau la depa dok sedut secara senyap air power root kot dari beg camel dia,.. tu yg power dan laju mendaki keatas
Sampai kat atas,. puhhh!!! pemandangan agak tenang dan suasana bukit yg dijaga rapi dan Allah ajer yg tau, kaki aku terasa membesar ala2 HULK,.. fit giler ,.. dan ringan sampai tak rasa aper,.. hampir pitam aku di buat nya,,.. Halim, Midi dan Wak leh senyum aje,.. takpe next around wa lak conquer bukit tu heheheheh berangan. Atas bukit tu 2 3 anjing dah tungguu hehehe best tu kena baling batu

Akhirnya setelah dinasihat oleh wak indon kat situ ada satu dua lagi bukit lagi curam dari yg tadi,.. so we all surrender buat masa ni, kasi fit dulu,.. nanti ada yg kena pikul lak,...

Turun bukit bukan main best siot,... alamat kat silap mau terjatuh or tergelincir sure berdarah sini sana heheheheh at least cover balik masa nak mendaki tadi, fuhh best,..

Kami pun terus ke Kelab menembak Kajang, haaa tgk la gambar macho man RDS

Kami meneruskan jalan yg kependalaman, seperti biasa natang anjing2 tunjuk lagak lagi depan tuan2 depa , hehehehehhe Midi dan aku dah ready batu beso kot2 anjing tu hilang ingatan boleh kasi ubat batu ni hehehehe

Kami pun terus mengayuh ke ala hutan terjumpa lak anak sungai yg agak deras,
hehehe sempat lagi kami bergambo
Memandangkan matahari dah naik tinggi, so suasana dah tak best nak mengayuh sebab terasa panas so kami pun putus patah balik ke rumah la pekena minum kat Warisan, port kami di HASLIDA lak hari tu tutup lak emmmmm

Conclusion: Best dan lagi mencabar harap2 kami akan berkumpul semua dan cuba ke track yg jauh sikit dan advanture

ok that's for now

TQ

Monday, February 9, 2009

Jelajah ke Lapangan Sasar Kajang (kelab menembak Kajang)

Assalammualaikum

Hari ini Geng RBS (Rider Berapi Saujana); Halim, Aizal, Faizal dan Soon bernakat menjelajah satu track lamer tetapi baru bagi kami yang menjadi medan ujian ketahaan stamina dan mental dalam hobi berbasikal ini.

Terdapat beberapa kumpulan berbasikal yang lain kelihatan bersama ke track tersebut seolah-olah track ini amat famous dikalang kaki basikal dan nampak mereka sudah biasa dengan track tersebut.

Kami berpecah kepada dua kumpulan kerana komitment masa,

Geng#1 – Halim dan Aizal
Geng#2 – Faizal dan Soon

Geng#1 berjaya menamatkan track hari ini sejauh 20km dari Prima Saujana ke Lapangan Sasar Kajang (Kelab Menembak Kajang),
Fuhhh, kami main redah ajer jalan berbatu, half tar dan half berbukit kat sana,.. tanpa arah tujuan,.. asal ada aje track kami ikut sampai lah kami ke Kelab menembak tersebut. Tetapi kelab menembak tersebut tutup lak, cuti CNY kot.

Rintang??? yes, anjing2 yg agak liar dan nak tunjuk hebat disepanjang track sebagai cabaran utama menganggu kelancaran dalam kepenatan mengayuh. Silap2,.. kalu panic, confirm kena hambat si anjing2 tak sekolah tu,...... hehhehehe kalu la ada habib masa tu sure lagi best giler!! , akan terluahlah satu rasa,.. "Wea wea wea!!! anjing hoi anjing, bahaya tu " hahah ehhehe

Tanpa hirau gangguan anjing2 kurap tu, kami terus dengan semangat mengayuh sehingga kami rasa cukup untuk masa kami,.. lepas tu kami patah balik dan terus ke rumah.




Sempat la kami bergambar kenangan di Kelab Menembak Kajang tu,.. fuhh hensom jugak kami hehehehe jgn marah daaa

Geng#2 lak berjaya menamatkan laluan mereka ke track yang samer iaitu ke Kelab Menembak Kajang dengan member Faizal, alamak lupa lak tanya nama dia,...yang biasa selok belok track disana. Soon dan member Faizal sampai terjatuh dan luka dengan keadaan muka bumi dan track yang mencabar

Dalam perjalanan pulang lak mereka bertembung dengan peserta "La Tour D Langkawi" menuju ke semenyih. Wah!!! Lagi semangat ler mereka dibuatnya,.. Si Soon lak macam nak join ajer diaorang tu, tapi helmet dia tak ikut spec so kena reject la,..



Pengalaman hari ini membuatkan kami akan bersatu sekali lagi demi menguji stamina dan mental kami utk terus hebat dalam hobi berbasikal lagi jauh dan lagi mencabar dan dan seterusnya

Hidup!!! Rider Berapi Saujana

TQ

Bersantai sempena Cuti Thaipusam 2009

Assalammualaikum


Seperti biasa, acara terkejut dan tak terancang di laman kita bersantai sambil berBBQ.Usaha mengumpul warga laman 1/4j yang lapang pada masa tu agak membanggakan. Terima kasih diucapkan kepada semua kawan2 yang hadir walaupun ada diantara kita yang kurang sihat. Semoga Allah menpercepatkan sembuh sakit tu, Amin.

Agenda
Acara : Makan ajer lepas bergambar kay
Tempat : Port biasa, istana Halim kita
Tarikh : 08/02/2009 ( malam Ahad ) ( Thaipusam )
Masa : 8pm hingga midnight

Menu :
a. BBQ ayam, udang, sosej,kerang dan apa yg boleh dibakar masa tu
b. Nasi goreng dua rasa , pedas dan biasa
c. Bihun goreng
d.Buah-buahan

Saya berasa bangga melihat semangat kejiranan yang ditunjukkan dan usaha tolong menolong antara satu sama lain serta kehadiran "pok luck" dari setiap keluarga memeriahkan menu di acara bersantai kita

Lihatlah wajah Warga Laman 1/4j bersantai dengan keriangan anak2, ayah2 berborak sakan semua issue semasa dan ibu berkumpul sambil berkongsi pengalaman dan cerita semasa. Emmm best gitu.

Diminta cadangan dari kaum ibu memberi acara buat mereka demi mengeratkan lagi hubungan yang murni ni.

Diantara cadangan2 yg dikeutaraan
1. Mengaji beramai
2. Main netball
3. Poco-poco
4. borak2 heheheh
5. Hari jadi tiap2 bulan
6. Geng ibu2 berbasikal lak
See next event kay
TQ

Saturday, February 7, 2009

Memperkenalkan Pelapis RBS (Rider Berapi Saujana)

Assalammualaikum



Melihat raut wajah mereka, Pelapis RBS (Rider Berapi Saujana) memerlihatkan mereka akan bersatu demi menjaga Ukhwah di laman kita,.. umur pun lebih kurang rapat seperti adik beradik nanti besar pun samer-samer seperti ayah2 dan ibu2 mereka hehehehe
Ada lagi tu tak join lagi, tak pe nanti kita organis semua bersatu dan tawan bukit Prima Saujana tu kay

Lorong ni tempat mereka berlatih, akhir sekali terus main taman permainan emmmm
Ehsan dengan gaya bersajer,.. si Aliya berusaha utk mengalahkan si Ehsan

Ehhhhhhh macam mana ada lak Pak Faizal tu,. emmm pak faizal tu ok,.. semua budak suka kat dia dan dia layan aje,..

Wait and see us tawan Bukit Prima Saujana nanti tau
Bye