Friday, June 15, 2012

Kemaskini blog

Salam semua,...

Setelah sekian lama, moderator tak update di blog laman 1/4J ini, emmm hampir 2 tahun rasanya. Allah hai,...masa berlalu begitu pantas,..

Ok updates,.. kami masih berkayuh walaupun ada geng kami kehilangan basikal akibat kecurian ( hanya Allah yg membalasnya),.. tetapi kami berkayuh di sekitar taman2 berdekatan utk keluarkan peluh,.. 

Kebanyakan kami dah upgrade basikal masing2,... at least nak kayuh dengan geng kayuh yg lain kira ok,.. tak ralat sangat,... tetapi yg penting, semangat ukhwah diantara kami dan maintain stamina yg kental diutamakan,....

Cuba kawan2 lihat gambar kat atas,..kawasan bukit kat belakang rumah kami yg ala off road tu dah dia ditarah,. dijadikan taman perumahan baru,....emmm pembangunan,..

Kami geng kayuh dilaman 1/4j sedang mengasah bakat anak2 kami utk terus berminat dalam berkayuh ni,.. setakat ni, setiap Sabtu dan Ahad, kami kayuh bersama, menjadi kayuh keluarga... ok jugak,... average 10km kira ok utk anak2,... mula2 minum air jgn kira hampir setiap simpang hehehehe akhirnya dari mula sampai habis,.. still bertahan,..

InsyALLAH, saya akan cuba aktif dalam update blog ni,... 

Sekian buat masa ini

Salam 

Thursday, July 8, 2010

Kayuhan malam berkeluarga edisi #1

Assalammualaikum geng2 Laman 1/4j sekelian
Tanggal 07-07-2010 Rabu,@9:30pm

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan TAHNIAH!!!dan rasa hebat serta luarbiasa kepada kaum2 ibu di geng kayuh 1/4j, mereka2 dibarisi,..Eyda, Izma dan Emma kerna pertama kali sertai kayuhan malam dah cover 16km semalam hebat,
Tak lupa jugak Bro Zul kita baru berjenak kayuh malam, so macam mana Bro, tak le hebat mana kan bila sebut Sg Long short track,.. apa lagi dengan basikal superb lagi membantu.

LAGI HEBAT dan TAHNIAH kepada si Rayyan si ahli kecil kita baru nak masuk 2 tahun dah tamat join kayuh dengan tak meragam langsung. Sekali2 tgk dia masa kayuh asik dok toleh dia tgk muka ayah dia kot2 nak tukar kayuh pulak ganti ayah dia ke,..bila dah sampai kat kedai Che Kiah nak balik,.. dia tak naik basikal pulak,.nak jogging balik ke rumah, sure dah boring,... kalu ditanya satu dua kata sure dia cakap “nak gi lagi papa&mama,. best giler la dan suka tgk kepala semua pakcik dan makcik terhangguk2 kedepan belakang macam itik, dok kayuh naik bukit hehehehehe”

Mula2 niat nak bagi welcome or introduce track utk ibu2 kita ini tapi bila dah buat kayuhan sampai ke TWIN PALMS agak macam kacang gorang aje,.. so apa lagi extend track dan join dengan geng kayuh DRCT, emmm hebat jugak kita semalam berjaya kumpulkan dalam 20 geng kayuh malam tadi,

Ok,.. maleh nak coletah banyak sangat tengok ler gambo2 kami semua

Ni at starting point, macam biasa kita bergambo dulu








Haaa ni dia Si Rayyan comel kita,.. siap sedia nak join kayuh,..








Helmet merah tu Si Fir kita,.. " Yang,.. Yang ok n seriuos ke,.dah pikir masak2,.. abg dulu berpeluh hidung dibuatnya,.. sampai basah seluar kesejukan,..fuhhh abg aizal tu cakap aje dekat-dekat tapi haaa ko dah main extand lak" ,..ala abg ni takpe ayang cover abg nanti,.. balik kasi massage hehehe

Eyda " Abg cepat la asyik tangkap gambo aje,..semangat ni"

Yahooo!!!! SPAIN menang!!!! hidup Laman 1/4j eeee bestnya nak kayuh selalu yeaaa,...



Alamak Skuad jersi GERMANY ada sekali rupanya,...

Papa&Mama fuhh lega dahaga yg amat ni, susu takde ke,.. kayuh la lagi sekejap sangat!!

Parking sat,.. hehehe restore power,..





Korang perasan tak,.. dari atas sampai la ni, Seluar si Halim tu asyik bercahaya,. Bro beli kat mana,..

kat Che Kiah kiter, mana adik2 ni nak order air ni dahaga sangat, ooo tgh tangkapkan gambo rupanya

Haaa ni dia track semalam thru google map



Jom geng2 semua,.. kita kayuh lagi,... bestkan,... haaaa tak cuba mana tauuuuuu

Wassalam Hidup Laman 1/4J




Wednesday, July 7, 2010

Geng kayuh malam

Assalammualaikum geng semua

Lamer jugak teman tak update laman kita ni, dok sibuk aje memanjang

Geng kayuh kita 1/4J dah beranjak ke satu level lagi dengan bersatu dengan Geng Kayuh DRCT (Doc-Rock Cycling Team) di Prima Saujana, blog mereka http://drctim.blogspot.com/ ( hehehehe gambo teman pun ada)



Ni gambo kat tepi Tol Sg Ramal 2nd stop pit,.. kenalkan,… teman yg baju biru tu yg ada lampu kat beg, si Halim sebelah teman, si Pian yg baju hijou, Si Chip kita depan belah kiri sekali En Sham, Tuan blogger DRCT, En Azemi Belakang belah kana sekali

Mereka ni suka kayuh malam, so geng2 kita yang nak join kenalah beli lampu belakang dan torch light sebab bila main kayuh malam ni, kena pastikan org lain nampak kita kayuh, kalu tak kang ada yang kena sodok dek geng kayuh lain.

Masa kebiasaan mereka kayuh malam setiap Malam Khamis dan malam Sabtu dalam pukul 9:30pm dah start berkumpul kat diRoundabout Prima Saujana depan Mamak Maulana.

Fuhh!!, kadang2 bila dah berkumpul tu boleh cecah 17 ke 30 geng kayuh, tu yg membuatkan mata mereka2 yg tengok pasti akan teruja, wahh!!!. ramainya geng basikal, sure depa pun nak cari basikal dan join,.

YOU All are WELCOME to join,..

Bila kita tgk geng2 kayuh yang lain dengan complete set dan basikal yg superb2, menunjukkan memangnya mereka ni serious nak kayuh baru best. Yang join pun ramai gak geng kayuh dari luar kawasan Kajang. Tahniah DRCT team berjaya menarik geng layuh lain join dan memperkenalkan area kita ni sesuai utk dikayuh,..

Semoga dengan usaha ni akan terpahatlah didalam blog2 atau mulut geng kayuh luar sana menghebohkan KAJANG adalah destinasi kayuh “off road” dan merentas desa selain kehebatan serta kelazatan SATAYnya

Saya ini baru aje berjenak dengan kayuh malam,dapat merasai satu pengalaman yang memang best dengan suasana yg tenang, tak panas, releks tengok keindahan malam hari. Nak citer betapa best nya dia, payah sebab kena rasa sendiri baru tau,…

Geng kayuh 1/4j bercadangan nak kongsi kayuhan ini dengan isteri2 pulak, supaya semua samer2 sihat dan menunjukan bahawa aktiviti ni sesuai utk semua tidak dikuasa geng kayuh si suami aje,..

Kalu line clear nanti, kita akan extend buat anak2 join sekali,emmm alamat kecoh dan riuh la satu taman, ni kena booking pak polisi la, utk konvoi sekali hehehehe lepas tu ramai pekena the tarik kat cafĂ© kak Kiah,…


Gambo2 lain yg diceduk dari DRCT blog

Ni kat depa TWIN PALMS nak ke tol Sg Long







Ni depa Stadium Kajang,

Ok itu saje dari Teman kali ni

Wassalam

Tuesday, March 30, 2010

Pecah rumah

Assalammualaikum geng

Semalam, Khairul memanggil geng2 kayuh secara tergempa sebab ada berita kawan kita diblok semiD dah kena pecah masuk rumah,

Aktiviti mereka dalam pukul 10 malam keatas dan pagi seawal 4 pagi,

Cadangan nak mulakan semula kawalan dah nak diwar2kan, ada ada dua pondok pos,
satu kat kawasan bukit dan
satu lagi kat kawasan jalan berhampiran longkang besar

So geng2 semua, kita dah kena mula berhati2 kay, tolong tengok jiran kita sesama
Agak ada bunyi sikit or bunyi motor or kete kat rumah jiran, pakat jengkok dari tingkap

Kalu yg tak kenai tu buat tegur tanya,"Cari saper, lepas tangan pegang camera hp buat record"

Kalu boleh semua buka lampu kat garaj masing2 bila malam, kasi cerah sikit laman kita

Berita pasal kasut2 kita kena kebas nampaknya berlarutan ke laman yg lain, tu dah biasa dengan citer si khairul Myvi,. sport rim dia dah kena kebas,..

Akhir kata, mari kita sama2 membenteras jenayah ni,
Hidup damai di Laman 1/4j kita

Wassalam

Monday, March 15, 2010

Kami merentas lagi!!!!

Assalammualaikum semua di Laman 1/4J,



Hari Ahad bersamaan 14/03/2010, pukul 7:00am

Dalam suasana sejuk pagi Ahad, badan pun rasa agak berat nak bangun, sorang-sorang aku dok jenguk dari tingkap bilik kot2 ada member nak kayuh,..emmm tak keluar pun sorang, tido lagi kot,.. jam dah pukul 7:15am, takpe tunggu lagi, tak jugak nampak bayang sorang pun keluar nak mengayuh,..

Ambik handphone dan sms kat geng kayuh semua, dalam seminit ada balas, haaaa cun ada geng kayuh ari ni, laaaaa si Firdaus kita ni lak flat, sebab buat keja office dari rumah sampai ke subuh tak settle2 lagi, mengerti sebelum aku pun mcm tu jugak,so.. tunggu la aku member yg lain, tak balas pun,..

Dengan semangat berkobar2 ni, aku ambil keputusan aku dulu turun siap2, excerise sikit kat depan garaj, kasi jet sikit, kasi signal ke member yg lain .. tiba2 ada suara dalam kesunyian " Ini dah balik ke,. baru nak gi" laaa si Wak kita, dok perhatikan aku, "Baru nak,. wak so apa lagi wak la kayuh" , wak balas " JOM!!!",.... selang seminit Zul kita pun sms, dia set,.....

Wak dan aku buat warming up nak kasi panas, sound kat Wak tengok krom tak cukup lagi, kasi loceng si Khairul,...tiba2 ada suara dari celah langsir,... " Ari ni kayuh mana ari ni, Sg long ke," fuhh semangat ahli baru ni, aku balas "haaa main sg short aje", khairul signal" tunggggu aku,.."

Haaa khairul ni ahli baru, welcome bro to the world of kayuh,.. basikal dia pun kira hebat dengan Chip berapi kita si Abib, tapi dia lak tak nampak bayang cuba si Iman (anak Abib) aje yg jengok, tanya ayah man, isyarat tido emmm takpe,.. chef kita so kasi hormat,.. nanti dia menyusul kemudian,...

Wak terus ke rumah cari Alim, apa lagi kasi ding dong, rugi tak ajak dia,... kete dia,.. ada buat apa cuti tido aje, akhirnya dia keluar rupa2 nya dia pun dok skodeng kita2 ni gi kayuh tak,... alhamduillah dapat 5 kaki, cun la tu,...

So kami semua berpakat nak panjat tangki air, hehehe nampak semua semangat,. kayuh la alam 5km,... tukar plan lak, macan tak best and advanture, mau kasi kotor basikal, semua setuju,... apa lagi redah hutan la pulak kat area bukti yg kena tarah kat belakang,..sebelum rumah baru nak naik,...

Yaaaa, bermula la adegan kayuh mengayuh dengan gear serendah2 yg ada,... sebab nak lawan lumpur yg lembik setebal sejengkal heheeh, tayar jadi 2 kali ganda, dalam dok kayuh kepenatan ada lak pengacau,. si anjing2 menyalak konon nak takut2 kami dan buat2 berani nak kejar kami heheheh biasa la angjing bila beramai leh menyalak, hehehehe Ni kalu ada Habib ini ,..sure dia dah potong semua kedepan dulu hehehehe, binatang lain tak pe harimau, unta, kambing, ayam...jgn anjing hehehe

Dah lepas satu dugaan, sekarang dugaan mendaki lak,.. heheheh agak curam dan berair so semua berhati2,.. tiba kat si Zul,. bedebok dia tombang sebab kasut dia lock kat pedal, so kaki tak leh mencecah tanah,.. apa lagi dia rebah macam buah nangka tergelincir dan tergolek hehehe kedua2 kaki terangkat keatas hampir mengusur nak kebawah, aku cepat potong gi tarik tangan Zul, kalu tak,... sure,.. ada citer main air terjun sunway lagoon la,..

Ok la penat dok berceloteh aje, kasi gambo dan video pulak, ok enjoy


Hehe Wak tgh menikmati keindahan alam,... oooo mcm tu caranya



Video balik dari pendalaman,



Video menurun bukit



Ni macam biasa, lepas kayuh gi mengobay kat Wak
Kali gi kat RIM, Kedai Halela tutup lak hari minggu ni

Lepas mengobay, so apa lagi balik ke laman
Basikal dah kotor, so masing2 dok sibuk memancut basikal











Chip kita dok tunggu kita, nak pasti anak buah semua sampai selamat
Boring2 sorang, chip jadi pommen rupanya, tu dia, baik punya posing



Jumpa lagi
TQ

Tahun Baru Cina 2010

Salam semua,


Selamat Tahun Baru Cina kepada Poh2 sekeluarga dan terima kasih diatas jemputan Poh2 ke rumah baru2 ni,


Kami semua berkumpul sambil berborak sakan, apa lagi macam biasa pakat2 berposing masing bila tau nak masuk blog heheheh


Haaaa ni dia

gambo nanti sat kay






Anyway Selamat Tahun Baru Cina Poh2 sekeluarga


TQ

Wednesday, January 6, 2010

Majlis BBQ 2010 di Laman kita

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua

Tanggal 01-01-10, hari Jumaat ditahun baru masihi 2010

Kami ahli2 jemaah laman 1/4J bersepakat, bertungkus lumus menjadikan majlis BBQ kali ni meriah sambil menerap semangat kejiranan yang telah sedia ada.

Kerjasama dari rakan2 semua yang amat diluar jangkaan, semangat berkobar yg ditunjukkan emm luar biasa, acara kanak-kanak yg diadakan menjadi cemburu mata2 sekeliling yang melihatnya dan kehadiran jiran tetangga diacara makan malam amat membanggakan membuatkan majlis kali ini berjaya walaupun diikut serta dengan hujan rahmat dari Tuhan.

Ketidak sabaran kami utk menikmati keenakan serta harum semerak bau BBQ kambing, ayam, udang, sotong, udang dan lain2 lagi membuatkan perut2 kami semua berkerongcong dan terus ceria yang amat selepas menikmatkan kelazatan rezeki2 yg dihidangkan

Dengan Pok Luck yg dibawa oleh setiap keluarga menambahkan pelbagaian hidangan, Terima kasih ibu2 semua. Hadiah saguhati dari setiap keluarga membuatkan majlis lagi meriah dengan berharap mendapat hadiah yg setimpal dengan hadiah yg disediakan,.. terima kasih semua.

Selain tu acara penyampaian hadiah utk acara kanak2 menambahkan suasana ceria selalu, cabutan bertuah dari saguhati dan panggung wayang menjadi acara utama di malam hari.

Tahniah kepada Keluarga Wak, kerna berjaya mendapat cabutan bertuah yang utama. Pasti Wak sekeluarga kegembiraan dapat berkongsi hadiah utama bersama sesama keluarga dipagi hari hehehe tahniah sekali lagi.

Alhamduillah, kita semua berjaya akhirnya mengeratkan ukhwah sesama kita dilaman 1/4J Gambar2 sepontan