Wednesday, July 7, 2010

Geng kayuh malam

Assalammualaikum geng semua

Lamer jugak teman tak update laman kita ni, dok sibuk aje memanjang

Geng kayuh kita 1/4J dah beranjak ke satu level lagi dengan bersatu dengan Geng Kayuh DRCT (Doc-Rock Cycling Team) di Prima Saujana, blog mereka http://drctim.blogspot.com/ ( hehehehe gambo teman pun ada)



Ni gambo kat tepi Tol Sg Ramal 2nd stop pit,.. kenalkan,… teman yg baju biru tu yg ada lampu kat beg, si Halim sebelah teman, si Pian yg baju hijou, Si Chip kita depan belah kiri sekali En Sham, Tuan blogger DRCT, En Azemi Belakang belah kana sekali

Mereka ni suka kayuh malam, so geng2 kita yang nak join kenalah beli lampu belakang dan torch light sebab bila main kayuh malam ni, kena pastikan org lain nampak kita kayuh, kalu tak kang ada yang kena sodok dek geng kayuh lain.

Masa kebiasaan mereka kayuh malam setiap Malam Khamis dan malam Sabtu dalam pukul 9:30pm dah start berkumpul kat diRoundabout Prima Saujana depan Mamak Maulana.

Fuhh!!, kadang2 bila dah berkumpul tu boleh cecah 17 ke 30 geng kayuh, tu yg membuatkan mata mereka2 yg tengok pasti akan teruja, wahh!!!. ramainya geng basikal, sure depa pun nak cari basikal dan join,.

YOU All are WELCOME to join,..

Bila kita tgk geng2 kayuh yang lain dengan complete set dan basikal yg superb2, menunjukkan memangnya mereka ni serious nak kayuh baru best. Yang join pun ramai gak geng kayuh dari luar kawasan Kajang. Tahniah DRCT team berjaya menarik geng layuh lain join dan memperkenalkan area kita ni sesuai utk dikayuh,..

Semoga dengan usaha ni akan terpahatlah didalam blog2 atau mulut geng kayuh luar sana menghebohkan KAJANG adalah destinasi kayuh “off road” dan merentas desa selain kehebatan serta kelazatan SATAYnya

Saya ini baru aje berjenak dengan kayuh malam,dapat merasai satu pengalaman yang memang best dengan suasana yg tenang, tak panas, releks tengok keindahan malam hari. Nak citer betapa best nya dia, payah sebab kena rasa sendiri baru tau,…

Geng kayuh 1/4j bercadangan nak kongsi kayuhan ini dengan isteri2 pulak, supaya semua samer2 sihat dan menunjukan bahawa aktiviti ni sesuai utk semua tidak dikuasa geng kayuh si suami aje,..

Kalu line clear nanti, kita akan extend buat anak2 join sekali,emmm alamat kecoh dan riuh la satu taman, ni kena booking pak polisi la, utk konvoi sekali hehehehe lepas tu ramai pekena the tarik kat cafĂ© kak Kiah,…


Gambo2 lain yg diceduk dari DRCT blog

Ni kat depa TWIN PALMS nak ke tol Sg Long







Ni depa Stadium Kajang,

Ok itu saje dari Teman kali ni

Wassalam

No comments:

Post a Comment