Saturday, November 14, 2009

Tahniah!!! Rayyan dah jadi Abg Long

Assalammualaikum

Tanggal 05-11-2009



Faisal n Izma pasti bergembira dan amat bersyukur ke hadrat Allah swt kerna telah dianugerah cahaya mata mereka yg kedua, bernama Muhamad Rizq Hadif bin Mohd Faizal.

Maklumat terperinci
Tempat : KPJ Kajang Specialist Hospital
Tarikh : 05-11-2009
Hari : Khamis
Masa : 5 ptg
Bersalin : ikut tingkap

kalu nak lagi terperinci, sila lawati laman ayahibunya
http://yzmahoney.blogspot.com/2009/11/muhamad-rizq-hadif-bin-mohd-faizal.html

Hehehe mesti Rayyan akan gumbira dan tak sabar sebab ada new geng in the house

Anyway Tahniah kepada Faizal n Family especially Rayyan dah ada tanggungjawab keatas adik dia yea,... semoga anak ini akan diberkati, dirahmati,dimurahkan rezeki Allah dan menjadi anak yg soleh Amin



Tahniah,
Bertambah lagi pelapis Laman 1/4j kita terutama utk GENG BASIKAL BERAPI kita yeaa

Wassalam

Monday, October 26, 2009

Hari Lahir Hafiy dan Haifa

Assalammualaikum

Tanggal 14-10-2009 (Isnin)
Hari Lahir Hafiy Danish










Tanggal 24-10-2009 (Sabtu)
Hari Lahir Haifa Batrisyia




Bulan October ni, ada beradik Haifa (26-10-2009)dan Hafiy (14-10-2009), meraikan hari lahir mereka dilaman kita
cuma berbeza tarikh, emm 12 hari saje,.. Haifa ke 7 dan Hafiy ke 6

Si adik Hafiy dah diraikan last Monday (14-10-2009), sooo akak pun tanya bila dia punya lak, tu yg Ibu Ayah dia terpaksa layan permintaan anak2. Demi anak2 yg disayang hehehehehe

So tu yang ada dua kali event, TQ to Faizal sponsor KFC on Hafiy's birthday

Kehadiran amat memberangsangkan,

TERIMA KASIH semua kawan laman 1/4J kerna supporting gambar2 akan menyusul kemudian

Wassalam

Sunday, October 25, 2009

Pemilik dan Jiran baru dirumah Abas kite

Assalammualaikum semua,

Tanggal 24-10-2009 Tghari

Akhirnya rumah Abas dimiliki oleh jiran baru kita bernama Fairus dan Emma. Mereka mempunyai 2 orang anak lelaki, sorang umur 8 tahun dan sorang lagi 3 tahun.

Semalam baru mereka membuat majlis doa selamat dan House Warming sekali. Ramai sungguh saudara2 dan rakan sekerja menghadiri sampai ke malam la, confirm flat hehehe

Fuhhh!! Nasi beryani yg dihidangkan best siot,.. saper tak gi tu pakat2 la telan air liur dan imaging aje la,.. hehehehe

Gambar2 akan post kemudian

Selamat datang Fairus dan Emma ke Laman 1/4j kita

Wassalam

Sunday, October 18, 2009

Open / Tea time @habib house

Assalammualaikum semua

Tanggal 17-10-2009 Sabtu

Semalam Habib and sekeluarga ajak kita semua ke Tea Time sempena raya I'dul Fitri dirumah dia, laman kita dah lamer tak buat event macam ni,... sekali sekala ok kot

Halim, bila lagi nak wat BBQ???

Hari tu, saya berminat satu ajer,.. spageti dia, fuhh berulang tambah wea,... sampai la ni dok teringgat hehehe,... Habib boleh la buat wat selalu ok

Habib bila nak memngayuh!!! basikla berapi nanti jadi gunung berapi tau aje jalan sendiri, haaa udah,.. kalu basikal bergerak sendiri tak, aku risau,. yg kalu start p=bunyi "pompompom" ekzos buluh campur besi,.. ahhhhh lagi udah,...

Anyway,..TQ Habib dan sekeluarga

Gambar nanti tunggu habib upload

Wassalam

Monday, October 5, 2009

Lawatan Ke Zoo Melaka

Assalammualaikum semua

Tanggal 4-10-2009 ( Ahad )

Selepas meraikan perkahwinan kawan kita Si Midi dan isteri di Melaka sebelah tengaharinya, Kami pun plan la,...alang dah ada kat Melaka, apa lagi leh la bawak anak2 semua ke Zoo Melaka,. emmm dahsyat jugak agak luas tempat dia, mentang2 dia pun kira hebat byk jugak,... kemudahan kira ok semua ada cuma naik train dia kena bayar lagi emmmm tak best

Kenapa tak gi town Melaka? kan byk tempat menarik cam Bot crusing, Eye of Malaysia, Dataran Pahlawan, berbeca, pekena asam pedas hehhehe ????

Waaa,. macan ni citer nya ari tu di town amat la pack sekali, lepas tu dengan jalan kat town tudah sehala aje,. takpe la, nanti sesat udah masa kami dah la terhad. Dah tu lak esok keje, kalu cuti lagi mau sampai malam kami kerjakan town Melaka tu,

kami pun sebulat suara cukup la JAM kat KL tak sanggup meredah di Melaka lak,... disebabkan Zoo Melaka ni on the way nak balik ke KL so singgah la, harap soalan tadi dia jawap heheheh

Ingatkan nak ajak pengantin sekali, tapi takpe la bagi mereka line clear dulu nanti leh join we all kay.
Ingat nak tanya Midi,... ko dah berapa kali dating ke Zoo Melaka heheheheh

udah la asyil dok nak tanya soalan2,...
Ni la kenangan kami warga laman 1/4J di Zoo Melaka






Wassalam teman semua

Sunday, October 4, 2009

Midi kita dah berpunya!!! Tahniah

Assalammualaikum Semua

Tanggal 11-10-2009 ( Ahad ) @Melaka, Rumah Midi



Syukur alhamduillah, Midi kita telah selamat diijabkabulkan bersama isteri tersayangnya, bernama SAYANG, orang Seremban, Negeri Sembilan, bekerja sebagai seorang guru di Tampin N.Sembilan, ( Midi betulkan kalu teman salah).

Hari tu kami convo dari Kajang ke Melaka, Zul dan Habib, Aizal lak dari Melaka bermalam kat sana jumpa di rumah pengantin hari sebelumnya

Tahniah kepada Midi dan isteri tersayang semoga dimurahkan rezeki dan dirahmati ALLAH hingga ke akhir hayat AMIN

Gambor2 yg lain lagi!!!, midi tak kasi lagi nanti yea tunggguuuuu

Wassalam

Wednesday, June 10, 2009

Tahniah Nazril, dah jadi ayah

Assalammualaikum

Tahniah utk Nazril dan Ruhil, mendapat cahaya mata pertama mereka pada 01/06/2009 hari isin jam 2:25am di Sg Petani kot,.. baby lelaki berat nanti kena update

Buat masa Ruhill berpantang dikg,. kat sini tak org nak tolong jaga Ruhil

Tak la Nazril, hang puasa la, macam abg aizal, hehhehehe
Nak tips ramai abg2 dan kakak2 kat sini leh tolong

Anyway tahniah,..

Wassalam

Thursday, April 30, 2009

Lahirlah ahli baru @Laman 1/4j

Assalammualaikum semua

Tanggal 10-04-2009



Syukur dan alhamduillah serta dirahmati Allah, Eda selamat bersalin dengan selamatnya di Ampang Puteri pada 10/04/2009 yang juga merupakan juga hari lahir Husna kak Haziq Darwish Bin Mohamad Aizal.

Kelahiran Haziq bagaikan hadiah hari lahir untuk Kak Lang dia Husna Insyirah

Dengan berat 2.74kg tepat pukul 7:50 lepas maghrib hari jumaat 10/4/2009 Haziq dilahirkan.

Haziq ditahan pada hari kedua sebab semasa ibu dia nak melahirkan Haziq, ibu dia deman. Secara automatik anak kena tahan untuk diberikan antibiotik tu mengelakkan Haziq demam.

Hari ke-5, Haziq dibenarkan pulang ke Prima Saujana menjumpa kawan2.

Hari ke-8, Haziq ditahan sekali lagi sebab Jaundis ( demam kuning) selama 3 hari 3 malam emmm kesian lak,... tetapi ramai lak kawan2 diwad tu yang sama2 dibawah lampu ungu

Sekarang, Haziq syukur alhamduillah dia telah sihat walafiat dan bermain dengan kak dia Husna di laman 1/4j

Terima kasih kepada kawan2 semua melawat Haziq.
Akhir kata, kita tunggu member baru yang lain, dari Nazril dan Zul kita sekeluarga

Wassalam

Wednesday, March 4, 2009

BUKIT CERMIN 3RD DOWNHILL CHALLENGE 2009


Main Organizer : RideMore Putra HeightsCo-org: BCRiders, Pedal Gear, ROP, Art Downhill.

Sponsored: Pedal Gear (DirtWork), Tatseng Kota Kemuning, Goodyear Tire, X-treme Bike Shah Alam, Wawasan Medik, Jannah Restoran(other sponsors are welcome).

Date : 08 March 2009 Sunday (CONFIRMED)Location : Bukit Cermin, Putra Heights, USJ Subang Jaya, Malaysia.

ALL MTB RIDER/FREERIDER/DOWNHILLER/TEAMS ARE WELCOME TO JOIN.

Categories (4 cats):

1. JUNIOR (Below 18)Prizes:1st - RM150/medal2nd - RM100/medal3rd - RM50/medal4th & 5th - medal.

2. HARDTAIL (no age limits)Prizes:1st - RM150/medal2nd - RM100/medal3rd - RM50/medal4th & 5th - medal.

3. OPEN (18 - 29YRS)Prizes:1st - RM200/medal2nd - RM100/medal3rd - RM50/medal4th & 5th - medal

4. MASTER (30YRS ABOVE)Prizes:1st - RM200/medal2nd - RM100/medal3rd - RM50/medal4th & 5th - medal

Registration Fee : RM45.00 Form : http://www.sendspace.com/file/gjjsxiFor online registration submision, kindly bank-in RM10 (non-refundable) n balance to be paid during the race day.* Limited T-shirt for first 60 participants only...

Agendas:07/03/20098.00 am - 5.00 pm : Registration (Bukit Cermin)

08/03/20098.00 am : Race Briefing

8.15 am : 1st uplift (lorry pick-up provided)

9.00 am : Seeding Run

2.00 pm : 2nd uplift

2.30 pm : Final Run

4.15 pm : Prize Ceremony

4.30 pm : Lucky Draw

5.00 pm : End

PARKING

Few places has been identified during the race day. Signboard will be placed at several area as below:-1. Along road near the old finish line2. Putra Heights Police Stations3. Restoran Jannah, Seksyen 8 Putra Heights.

NO PARKING ALONG THE ROAD NEAR THE NEW FINISHED LINE! (Anggota RELA's will be on guard during that day for security & to keep the traffic flow smoothly).

Ladies & Gentlemen, Please, do read the Release & Indemnity before u sign up! n Guys below 18, kindly get your parents APPROVAL & SIGNATURES!!!Incase of emergency, a unit of JPA3 Ambulance with staff will be on duty n ready if any unwanted incident happen.
For more info visit http://bcriders.blogspot.comtq/.

Bukit Cermin Lokation Map


Selangor Mauntain Bike Challenge 2009





SELANGOR MOUNTAIN BIKE CHALLENGE

Syarat Pertandingan :

1. Terbuka kepada semua termasuk warganegara Malaysia dan Bukan warganegaraYang berumur atas 16 Tahun.
2. Mesti Menggunakan basikal ‘Mountain Bike’ / ‘MTB’

3. Setiap Kategori untuk setiap satu penyertaan sahaja

4. ‘Open Category’ terbuka untuk semua 16 tahun ke atas

5 ‘Selangor Category’ terbuka untuk mereka yang lahir di ‘Selangor’ sahaja danBerumur 16 tahun ke atas

6. ‘Vateran Category’ terbuka mereka yang berumur 45 tahun ke atas sahaja

7. Woman Category terbuka untuk semua 16 tahun ke atas.

8. Peserta mesti memiliki peralatan perlindungan basikal seperti ‘helmet’,Kasut yang sesuai, dan lain-2 yang di anggap perlu
9. Peserta di minta membawa peralatan kecemasan untuk kegunaan sendiriJika berlaku kecemasan (* Unit Medic Di sediakan)

10. Peserta di minta membawa air minuman yang secukupnya.(* Air minuman di sediakan di Checkpoint)11. Peserta di minta membawa keperluan makanan yang sesuai.

11. Keputusan Penganjur adalah muktamad, sebarang ‘protes’ tidak akan di layan.

12. Peserta yang tidak melengkapkan pusingan ‘checkpoint’ di anggap tidakMenghabiskan pusingan.

13. Peserta yang melalui jalan pintas di batalkan pertandingan.14. Peserta yang tidak dapat menamatkan pertandingan boleh keluar dari ‘laluan trek’

*Tertakluk Pada Pindaan

Please Call For Any Enquires :

ZULNIZAM SHAHRANI 013-6055533

RAJA AZIZAH 013-6055545

MOHD (9W2 ABB) 019-2315517

FAZLI HASHIM 019-3335773

RAMBO - HARIS 013-2651641

OR EMAIL TO ANY DETAIL :selangormtb@yahoo.com

Tuesday, February 17, 2009

Meredah dan mendaki bukit pulak!!!

Assalammualaikum

Ahah lepas 15/02/2009 bermula 7 pagi berkumpul la kami geng RDS tetapi hanya 4 geng aje yang muncul di laman kita,. Faizal ada cabaran baru di PutraJaya so tinggal la kita 4 org Halim, Aizal, Midi dan Wak. Habib n Zul masih terlajak so kami tak nak kejut selalu nanti kena hambbat org rumah udah lak heheheh

Kami pun memulakan kayuhan kami ke Kelab menembak Kajang untuk memperkenalkan track baru ala mountain bike challenging kepada Wak dan Midi,.. mengayuh susur highway ke LIKAS belok ke simpang Kelab menembak tu.

Penat meredah dan aksi anjing2 tak reti bahasa, saje nak tunjuk hero kat tuan2 dia aje tu,.. tempuh la kami di Tunnel of gelap gulita,. dibawah highway Sg Long hehehehe gelap

Haaa ni dia kami bergambar sempat rehat sebentar!!! belakang tu la tunnel tu



Lepas tu demi mencari cabaran baru kita try la track mendaki bukit ke Sg Kantan seperti dinasihatkan oleh Apek kat situ, tuuu dia,.. tercungap2 aku dan Wak dibuatnya heheheheh ada la setinggi 150m dan kecuraman 80 degree,...Halim dan Midi steady ajer.. tak tau la depa dok sedut secara senyap air power root kot dari beg camel dia,.. tu yg power dan laju mendaki keatas
Sampai kat atas,. puhhh!!! pemandangan agak tenang dan suasana bukit yg dijaga rapi dan Allah ajer yg tau, kaki aku terasa membesar ala2 HULK,.. fit giler ,.. dan ringan sampai tak rasa aper,.. hampir pitam aku di buat nya,,.. Halim, Midi dan Wak leh senyum aje,.. takpe next around wa lak conquer bukit tu heheheheh berangan. Atas bukit tu 2 3 anjing dah tungguu hehehe best tu kena baling batu

Akhirnya setelah dinasihat oleh wak indon kat situ ada satu dua lagi bukit lagi curam dari yg tadi,.. so we all surrender buat masa ni, kasi fit dulu,.. nanti ada yg kena pikul lak,...

Turun bukit bukan main best siot,... alamat kat silap mau terjatuh or tergelincir sure berdarah sini sana heheheheh at least cover balik masa nak mendaki tadi, fuhh best,..

Kami pun terus ke Kelab menembak Kajang, haaa tgk la gambar macho man RDS

Kami meneruskan jalan yg kependalaman, seperti biasa natang anjing2 tunjuk lagak lagi depan tuan2 depa , hehehehehhe Midi dan aku dah ready batu beso kot2 anjing tu hilang ingatan boleh kasi ubat batu ni hehehehe

Kami pun terus mengayuh ke ala hutan terjumpa lak anak sungai yg agak deras,
hehehe sempat lagi kami bergambo
Memandangkan matahari dah naik tinggi, so suasana dah tak best nak mengayuh sebab terasa panas so kami pun putus patah balik ke rumah la pekena minum kat Warisan, port kami di HASLIDA lak hari tu tutup lak emmmmm

Conclusion: Best dan lagi mencabar harap2 kami akan berkumpul semua dan cuba ke track yg jauh sikit dan advanture

ok that's for now

TQ

Monday, February 9, 2009

Jelajah ke Lapangan Sasar Kajang (kelab menembak Kajang)

Assalammualaikum

Hari ini Geng RBS (Rider Berapi Saujana); Halim, Aizal, Faizal dan Soon bernakat menjelajah satu track lamer tetapi baru bagi kami yang menjadi medan ujian ketahaan stamina dan mental dalam hobi berbasikal ini.

Terdapat beberapa kumpulan berbasikal yang lain kelihatan bersama ke track tersebut seolah-olah track ini amat famous dikalang kaki basikal dan nampak mereka sudah biasa dengan track tersebut.

Kami berpecah kepada dua kumpulan kerana komitment masa,

Geng#1 – Halim dan Aizal
Geng#2 – Faizal dan Soon

Geng#1 berjaya menamatkan track hari ini sejauh 20km dari Prima Saujana ke Lapangan Sasar Kajang (Kelab Menembak Kajang),
Fuhhh, kami main redah ajer jalan berbatu, half tar dan half berbukit kat sana,.. tanpa arah tujuan,.. asal ada aje track kami ikut sampai lah kami ke Kelab menembak tersebut. Tetapi kelab menembak tersebut tutup lak, cuti CNY kot.

Rintang??? yes, anjing2 yg agak liar dan nak tunjuk hebat disepanjang track sebagai cabaran utama menganggu kelancaran dalam kepenatan mengayuh. Silap2,.. kalu panic, confirm kena hambat si anjing2 tak sekolah tu,...... hehhehehe kalu la ada habib masa tu sure lagi best giler!! , akan terluahlah satu rasa,.. "Wea wea wea!!! anjing hoi anjing, bahaya tu " hahah ehhehe

Tanpa hirau gangguan anjing2 kurap tu, kami terus dengan semangat mengayuh sehingga kami rasa cukup untuk masa kami,.. lepas tu kami patah balik dan terus ke rumah.




Sempat la kami bergambar kenangan di Kelab Menembak Kajang tu,.. fuhh hensom jugak kami hehehehe jgn marah daaa

Geng#2 lak berjaya menamatkan laluan mereka ke track yang samer iaitu ke Kelab Menembak Kajang dengan member Faizal, alamak lupa lak tanya nama dia,...yang biasa selok belok track disana. Soon dan member Faizal sampai terjatuh dan luka dengan keadaan muka bumi dan track yang mencabar

Dalam perjalanan pulang lak mereka bertembung dengan peserta "La Tour D Langkawi" menuju ke semenyih. Wah!!! Lagi semangat ler mereka dibuatnya,.. Si Soon lak macam nak join ajer diaorang tu, tapi helmet dia tak ikut spec so kena reject la,..



Pengalaman hari ini membuatkan kami akan bersatu sekali lagi demi menguji stamina dan mental kami utk terus hebat dalam hobi berbasikal lagi jauh dan lagi mencabar dan dan seterusnya

Hidup!!! Rider Berapi Saujana

TQ

Bersantai sempena Cuti Thaipusam 2009

Assalammualaikum


Seperti biasa, acara terkejut dan tak terancang di laman kita bersantai sambil berBBQ.Usaha mengumpul warga laman 1/4j yang lapang pada masa tu agak membanggakan. Terima kasih diucapkan kepada semua kawan2 yang hadir walaupun ada diantara kita yang kurang sihat. Semoga Allah menpercepatkan sembuh sakit tu, Amin.

Agenda
Acara : Makan ajer lepas bergambar kay
Tempat : Port biasa, istana Halim kita
Tarikh : 08/02/2009 ( malam Ahad ) ( Thaipusam )
Masa : 8pm hingga midnight

Menu :
a. BBQ ayam, udang, sosej,kerang dan apa yg boleh dibakar masa tu
b. Nasi goreng dua rasa , pedas dan biasa
c. Bihun goreng
d.Buah-buahan

Saya berasa bangga melihat semangat kejiranan yang ditunjukkan dan usaha tolong menolong antara satu sama lain serta kehadiran "pok luck" dari setiap keluarga memeriahkan menu di acara bersantai kita

Lihatlah wajah Warga Laman 1/4j bersantai dengan keriangan anak2, ayah2 berborak sakan semua issue semasa dan ibu berkumpul sambil berkongsi pengalaman dan cerita semasa. Emmm best gitu.

Diminta cadangan dari kaum ibu memberi acara buat mereka demi mengeratkan lagi hubungan yang murni ni.

Diantara cadangan2 yg dikeutaraan
1. Mengaji beramai
2. Main netball
3. Poco-poco
4. borak2 heheheh
5. Hari jadi tiap2 bulan
6. Geng ibu2 berbasikal lak
See next event kay
TQ

Saturday, February 7, 2009

Memperkenalkan Pelapis RBS (Rider Berapi Saujana)

Assalammualaikum



Melihat raut wajah mereka, Pelapis RBS (Rider Berapi Saujana) memerlihatkan mereka akan bersatu demi menjaga Ukhwah di laman kita,.. umur pun lebih kurang rapat seperti adik beradik nanti besar pun samer-samer seperti ayah2 dan ibu2 mereka hehehehe
Ada lagi tu tak join lagi, tak pe nanti kita organis semua bersatu dan tawan bukit Prima Saujana tu kay

Lorong ni tempat mereka berlatih, akhir sekali terus main taman permainan emmmm
Ehsan dengan gaya bersajer,.. si Aliya berusaha utk mengalahkan si Ehsan

Ehhhhhhh macam mana ada lak Pak Faizal tu,. emmm pak faizal tu ok,.. semua budak suka kat dia dan dia layan aje,..

Wait and see us tawan Bukit Prima Saujana nanti tau
Bye




Monday, January 26, 2009

Apa!!! satu keluarga dah berbasikal

Assalammualaikum

Seperti biasa la, Halim suka membuat kejutan dalam satu usaha yang murni lagi berkrim.
Semalam tercatat satu lagi sejarah acara berbasikal dalam mempromosi geng RBS (Rider Berapi Saujana) mata dunia terutama geng dilaman 1/4J di mana Halim sekeluarga telah menawan bukit di Prima Saujana dengan jayanya


Fuhh bukan main suka lagi mereka sekeluarga,.. menjadi satu insiatif dan dorongan dalam melahirkan perintis Geng RBS

Sayang sekali isteri halim, Ani hanya berbekalkan Camel bag tanpa berbasikal,..ni kira tak lamer tu!!! for sure Halim akan tlg sambarkan utk si isteri tersayang ,.. lagu tula Halim tu, takpe kita tungggguuu,.........

"Mana boleh tahan wea,.. hubby n anak3 mengayuh,.. saya berjogging aje pastu kena pakai lak bag unta ni lagi,." Agak tu la luahan rasa si Ani-Halim hehehe

Takpe cabaran seterusnya akan membuat geng2 lain utk membawa seisi keluarga berbasikal,. fuhhh dahsyat tu,.. belum pernah lagi seisi keluarga plus satu 1/4j's geng berbasikal,.. kalu kira2 plus statistik emmm 30 org sekali kayuh dan main off road boleh masuk Geneis record ni

silap2 leh keluar surat kabar ni wea,.. ada member leh tlg broadcast,.. kalu jadi

Anyway, Alhamduillah dan tahniah kepada keluarga Halim, semangat ditunjukkan bukti yg lain pun leh buat jugak,... cuba tanya anak3 Halim sure depa kata best giler wea,...

tahniah!!!

Wassalam

Thursday, January 22, 2009

Bantu Palestin dengan memboikot barangan Yahudi

Assalammualaikum semua,

Berikut adalah produk-produk yahudi yang perlu dijauhi....
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

Mengikut maklumat produk-produk ini adalah milik/penyokong Yahudi
Jika anda ada sebarang maklumat atau pertanyaan sila hubungi PPIM di Hotline:019-3591000

Semoga keamanan, keadilan dan hak rakyat Palestin dapat dikembalikan dan mencapai kebebasan ditanah air sendiri demi menegakkan agama ALLAH Islam selama2nyaAmin

Sekian Terima kasih
Takbir!!!!! ALLAH

Monday, January 12, 2009

Geng basikal 1/4J beridentiti

Assalammualaikum,


Akhirnya, terhasillah sesuatu yg bermakna bagi mana2 geng basikal yg berdaulat dan berapi,.. tanpa identiti saper lah kita

tak lain dan tak bukan inilah LOGO geng basikal kita,...



Yang belum dirasmikan,