Monday, February 9, 2009

Bersantai sempena Cuti Thaipusam 2009

Assalammualaikum


Seperti biasa, acara terkejut dan tak terancang di laman kita bersantai sambil berBBQ.Usaha mengumpul warga laman 1/4j yang lapang pada masa tu agak membanggakan. Terima kasih diucapkan kepada semua kawan2 yang hadir walaupun ada diantara kita yang kurang sihat. Semoga Allah menpercepatkan sembuh sakit tu, Amin.

Agenda
Acara : Makan ajer lepas bergambar kay
Tempat : Port biasa, istana Halim kita
Tarikh : 08/02/2009 ( malam Ahad ) ( Thaipusam )
Masa : 8pm hingga midnight

Menu :
a. BBQ ayam, udang, sosej,kerang dan apa yg boleh dibakar masa tu
b. Nasi goreng dua rasa , pedas dan biasa
c. Bihun goreng
d.Buah-buahan

Saya berasa bangga melihat semangat kejiranan yang ditunjukkan dan usaha tolong menolong antara satu sama lain serta kehadiran "pok luck" dari setiap keluarga memeriahkan menu di acara bersantai kita

Lihatlah wajah Warga Laman 1/4j bersantai dengan keriangan anak2, ayah2 berborak sakan semua issue semasa dan ibu berkumpul sambil berkongsi pengalaman dan cerita semasa. Emmm best gitu.

Diminta cadangan dari kaum ibu memberi acara buat mereka demi mengeratkan lagi hubungan yang murni ni.

Diantara cadangan2 yg dikeutaraan
1. Mengaji beramai
2. Main netball
3. Poco-poco
4. borak2 heheheh
5. Hari jadi tiap2 bulan
6. Geng ibu2 berbasikal lak
See next event kay
TQ

1 comment:

  1. mmg best kejiranan kita ni...harap berkekalan sampai bila2 w/pun masing2 sibuk tapi rukun tetangga kena juga jaga...nnt apa2 hal blh tolong-menolong...
    sedih bila ada jiran yg mcm tak sudi join...nape ye...popo anak beranak pun join...
    -61-

    ReplyDelete