Monday, February 9, 2009

Jelajah ke Lapangan Sasar Kajang (kelab menembak Kajang)

Assalammualaikum

Hari ini Geng RBS (Rider Berapi Saujana); Halim, Aizal, Faizal dan Soon bernakat menjelajah satu track lamer tetapi baru bagi kami yang menjadi medan ujian ketahaan stamina dan mental dalam hobi berbasikal ini.

Terdapat beberapa kumpulan berbasikal yang lain kelihatan bersama ke track tersebut seolah-olah track ini amat famous dikalang kaki basikal dan nampak mereka sudah biasa dengan track tersebut.

Kami berpecah kepada dua kumpulan kerana komitment masa,

Geng#1 – Halim dan Aizal
Geng#2 – Faizal dan Soon

Geng#1 berjaya menamatkan track hari ini sejauh 20km dari Prima Saujana ke Lapangan Sasar Kajang (Kelab Menembak Kajang),
Fuhhh, kami main redah ajer jalan berbatu, half tar dan half berbukit kat sana,.. tanpa arah tujuan,.. asal ada aje track kami ikut sampai lah kami ke Kelab menembak tersebut. Tetapi kelab menembak tersebut tutup lak, cuti CNY kot.

Rintang??? yes, anjing2 yg agak liar dan nak tunjuk hebat disepanjang track sebagai cabaran utama menganggu kelancaran dalam kepenatan mengayuh. Silap2,.. kalu panic, confirm kena hambat si anjing2 tak sekolah tu,...... hehhehehe kalu la ada habib masa tu sure lagi best giler!! , akan terluahlah satu rasa,.. "Wea wea wea!!! anjing hoi anjing, bahaya tu " hahah ehhehe

Tanpa hirau gangguan anjing2 kurap tu, kami terus dengan semangat mengayuh sehingga kami rasa cukup untuk masa kami,.. lepas tu kami patah balik dan terus ke rumah.




Sempat la kami bergambar kenangan di Kelab Menembak Kajang tu,.. fuhh hensom jugak kami hehehehe jgn marah daaa

Geng#2 lak berjaya menamatkan laluan mereka ke track yang samer iaitu ke Kelab Menembak Kajang dengan member Faizal, alamak lupa lak tanya nama dia,...yang biasa selok belok track disana. Soon dan member Faizal sampai terjatuh dan luka dengan keadaan muka bumi dan track yang mencabar

Dalam perjalanan pulang lak mereka bertembung dengan peserta "La Tour D Langkawi" menuju ke semenyih. Wah!!! Lagi semangat ler mereka dibuatnya,.. Si Soon lak macam nak join ajer diaorang tu, tapi helmet dia tak ikut spec so kena reject la,..



Pengalaman hari ini membuatkan kami akan bersatu sekali lagi demi menguji stamina dan mental kami utk terus hebat dalam hobi berbasikal lagi jauh dan lagi mencabar dan dan seterusnya

Hidup!!! Rider Berapi Saujana

TQ

2 comments:

  1. Geng semua
    Recommend track ni, sebab semua rintangan ada
    dari senang ke mendebarkan,..

    Wak, sure best wak
    Habib, fuhhh tak terkata aku nak citer kat ko
    Midi, bila leh join ni

    Next step to high fitness and stimina
    Enjoy geng RBS

    ReplyDelete
  2. pasal anjing aku dah tau..hati2 kang kene geget anjing gila...woi mana yg lain...habib/zul/wak...kaurang mengata ah soon ye...helmet dia 2 keramat tau...setelah digosok2-61-

    ReplyDelete