Thursday, January 1, 2009

Bulletin Terkini - Geng basikal terbaru kite, Welcome bro

Assalammualaikum

Pagi di tahun baru 2009, telah dikejutkan dengan rancang rahsia kawan kita tu sorang, halim kite la saper lagi

Bukan main ceria lagi dia pagi ni dengan mengajak geng2 basikal berkumpul pekena sarapan pagi di port baru kami di HALELAH cafe belakang RIM ( dah tak main dah )

Dalam diam2 dia rancak bercerita dan tanya pasal basikal serta gaya terbaru terkeluar idea dari dia,rupa2 nya dia nak sambar basikal baru, dengan mengumpul geng2 profesional utk mendapatkan pandangan dan nasihat.

Kami pun apa lagi, dari kiri cepat jalan menemai Halim ke kedai Tokey basikal sebelah tempat kami makan, alang2 membeli biar yg cun, lawa dan berbaloi, for sure takkan terkeluar api macam habib punya (Abib jgn marah yea)

Lihatlah aksi Halim kita dengan basikal terbaru dan terpanas buat masa ni,
Mentang2 la ringan or berat tu,.. control nampak bukan main tak dok diam dia dibuatnya

Tokey kedai tu bukan main tension amat dengan harga tawar menawar dari kami, dengan nada yg agak marah tapi suka, maklumla pagi2 duit nak MASUKKK pada tahun baru ni, tetap tokey tu tetap layan kami dengan cakap BM tunggang langging, apa leh buat "customer always right"

Ada ke tokey tu offer kat Halim suruh tukar seat power ni,.... poyot giler tokey tu,.. ingat basikal budak2 ke pakai seat spring hehehehehe, pada mula Halim suka sangat biar betik ko Halim.
Setelah dipujuk kalu pakai nanti kena singkir dari team so dia tak jadi hehehehe acah ajer

Gambar ni diambik, semasa tokey tu dok membebel kata basikal ini ok apa setelah di test oleh Pro kita si Zul ada bising sikit dan tak laju,
Apa lagi, tokey tu terus test beriya amat, lepas tu di tunjuk demo we all basikal ni laju aper!!!!bebel dia lebih kurang macam ni la

"Apaaaa laju apaaa,..basikal ok aper loooo,.. kasi ketat sikit masuk gear macam ni baru laju laaaaaa"

Di samping tu geng yg lain pun dok tompang beli assessories dalam suasana tawar menawar
tu so apa lagi Wak dan saya pun sambar la helmet baru 2 sekali,... kira promosi 2009 harga, garu kepala tokey tu di buat nya.

Nantikan gambor complete dan terkini geng basikal 1/4j kita
Ok setakat ini aje bulletin terkini kita

TQ

2 comments:

  1. agaknya hubby aku tu mimpi basikal masa we all camp depan rumah sempena tahun baru kot...

    ReplyDelete
  2. Betul ke, jgn bukan setakat mimpi kot, ada bergaya mengayuh tak masa tu, or tidu menonggek ke,.. haaaa tu tanda dia,...
    Ok la,.. ibu leh join basic guna hubby punya dulu,.. dah naik sheikh baru kita ujudkan geng hawa basikal lak,.. apa macam,..

    ReplyDelete