Tuesday, December 30, 2008

Geng basikal Laman 1/4J

Assalammualaikum,

Terbentuklah satu pasukan berbasikal di 1/4j kita secara tak rasmi. Aktivitinya boleh dikatakan hebat

Setiap pagi sabtu, ahad atau kira ada hari cuti aje maka menjadilah hari-hari latihan kami
Semuanya bermula dari cetusan idea yg benas dari Zul dan Habib kite setelah berberapa kali berusaha utk mengujudkan team riadah termasuk golf,badminton and ping pong.

Berpusing seluruh taman menjadi track kami, walaupun 30 minit berbasikal berakhir di kedai mamak RIM hehehehehe

Aktiviti terdahsyat setakat ini,
Konvoi bersama pasukan "Menjelajah Mengelilingi Dunia" bermula dari Stadium Kajang ke Tol Batu 11 Cheras sejauh 10 km, berpeluh wea jugak boleh dikatakan terjelur lidah dibuatnya

Sila lihat gambar dibawah sat lagi no,..

Walaupun kami ciput saje dgn keahlian yg memakai baju tak seragam, berserta topi cap aje tak pakai HELMET,tetapi azam dan semangat yang ditunjuk dengan bersungguh-sungguh membuat mereka tercabar sikit,..

Walaupun ada diantara rakan seperjuangan kami terkandas di Petronas Batu 11 akibat basikalnya terkeluar api turbo dan rantainya sudah lari alignment tetapi semangat dia menolak basikalnya balik sampai ke TESCO amat dipuji. Tak larat da berpayung dibawah pokok sambil menantikan rakan-rakan menyelamat dia.

Kepoweran kami, pergi ok kayuh sakan cuba,.... bila balik tompang Pick Up trak hehehehehe kantoi siot tak sanggup nak kayuh balik rumah

Kira ok la tu, for the first try in big event

All the best guys, keep up for the training ok
make sure 7:30am see u @badminton court on training day kita

TQ

7 comments:

  1. Geng basikal dah bertambah keahlian iaitu Wak.Sedara Halim masih menunggu ketibaan basikal yg masih di atas kapal lg...Aku punya Berapi dah menunjukkan tanda nak sampai hukum...lepas ni kita main skate board nak...??

    ReplyDelete
  2. geng basikal utk kaum bapa...kaum ibu mcm mana...kita buat team poco2 nak....any idea?. -61-

    ReplyDelete
  3. Kaum ibu nak ke berbasikal,
    Kalu jadi geng memasak or buat kuih ok kot,...
    Takpe leh pump idea dalam blog ni

    /Aizal

    ReplyDelete
  4. kalau poco2 nak buat kat mane? kat badminton court ke? pastu kite buat chicken dance jgk nak? pastu kita makan nasi lemak kak ani....heheheheh....jangan mare...:P

    ReplyDelete
  5. Habib,

    Basikal api tu dah kene campak kat sungai sebelah kebun getah belakang umah kita....bila lagi nak ikut halim pakai TBolt....ala baru RM450 jer...

    ReplyDelete
  6. poco2 kena sorok2....kena dlm rumah gak....sape nak jd cikgu poco2...akak ada cd nya...
    amboi senyap2 hubby aku beli basikal...aku jugak tak tau kayuh basikal....nnt aku belajar bawa motobot lah...btw takpe beli basikal jangan.....susah kah kah kah...

    ReplyDelete
  7. Kemunculan ahli baru bersama Tbolt Proton fuhhhyooo dahsyat tu, pada la ada pagi ni dia ceria ajer,
    Takpe nanti menyusul gambo dia ngan basikal dia,

    Komer jgn dok main dengan habib api power dia tu masih membara, sekali berapi,.. alamat Tbolt jadi Tergolak belakang
    63

    ReplyDelete