Thursday, July 8, 2010

Kayuhan malam berkeluarga edisi #1

Assalammualaikum geng2 Laman 1/4j sekelian
Tanggal 07-07-2010 Rabu,@9:30pm

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan TAHNIAH!!!dan rasa hebat serta luarbiasa kepada kaum2 ibu di geng kayuh 1/4j, mereka2 dibarisi,..Eyda, Izma dan Emma kerna pertama kali sertai kayuhan malam dah cover 16km semalam hebat,
Tak lupa jugak Bro Zul kita baru berjenak kayuh malam, so macam mana Bro, tak le hebat mana kan bila sebut Sg Long short track,.. apa lagi dengan basikal superb lagi membantu.

LAGI HEBAT dan TAHNIAH kepada si Rayyan si ahli kecil kita baru nak masuk 2 tahun dah tamat join kayuh dengan tak meragam langsung. Sekali2 tgk dia masa kayuh asik dok toleh dia tgk muka ayah dia kot2 nak tukar kayuh pulak ganti ayah dia ke,..bila dah sampai kat kedai Che Kiah nak balik,.. dia tak naik basikal pulak,.nak jogging balik ke rumah, sure dah boring,... kalu ditanya satu dua kata sure dia cakap “nak gi lagi papa&mama,. best giler la dan suka tgk kepala semua pakcik dan makcik terhangguk2 kedepan belakang macam itik, dok kayuh naik bukit hehehehehe”

Mula2 niat nak bagi welcome or introduce track utk ibu2 kita ini tapi bila dah buat kayuhan sampai ke TWIN PALMS agak macam kacang gorang aje,.. so apa lagi extend track dan join dengan geng kayuh DRCT, emmm hebat jugak kita semalam berjaya kumpulkan dalam 20 geng kayuh malam tadi,

Ok,.. maleh nak coletah banyak sangat tengok ler gambo2 kami semua

Ni at starting point, macam biasa kita bergambo dulu








Haaa ni dia Si Rayyan comel kita,.. siap sedia nak join kayuh,..








Helmet merah tu Si Fir kita,.. " Yang,.. Yang ok n seriuos ke,.dah pikir masak2,.. abg dulu berpeluh hidung dibuatnya,.. sampai basah seluar kesejukan,..fuhhh abg aizal tu cakap aje dekat-dekat tapi haaa ko dah main extand lak" ,..ala abg ni takpe ayang cover abg nanti,.. balik kasi massage hehehe

Eyda " Abg cepat la asyik tangkap gambo aje,..semangat ni"

Yahooo!!!! SPAIN menang!!!! hidup Laman 1/4j eeee bestnya nak kayuh selalu yeaaa,...



Alamak Skuad jersi GERMANY ada sekali rupanya,...

Papa&Mama fuhh lega dahaga yg amat ni, susu takde ke,.. kayuh la lagi sekejap sangat!!

Parking sat,.. hehehe restore power,..





Korang perasan tak,.. dari atas sampai la ni, Seluar si Halim tu asyik bercahaya,. Bro beli kat mana,..

kat Che Kiah kiter, mana adik2 ni nak order air ni dahaga sangat, ooo tgh tangkapkan gambo rupanya

Haaa ni dia track semalam thru google map



Jom geng2 semua,.. kita kayuh lagi,... bestkan,... haaaa tak cuba mana tauuuuuu

Wassalam Hidup Laman 1/4J




Wednesday, July 7, 2010

Geng kayuh malam

Assalammualaikum geng semua

Lamer jugak teman tak update laman kita ni, dok sibuk aje memanjang

Geng kayuh kita 1/4J dah beranjak ke satu level lagi dengan bersatu dengan Geng Kayuh DRCT (Doc-Rock Cycling Team) di Prima Saujana, blog mereka http://drctim.blogspot.com/ ( hehehehe gambo teman pun ada)



Ni gambo kat tepi Tol Sg Ramal 2nd stop pit,.. kenalkan,… teman yg baju biru tu yg ada lampu kat beg, si Halim sebelah teman, si Pian yg baju hijou, Si Chip kita depan belah kiri sekali En Sham, Tuan blogger DRCT, En Azemi Belakang belah kana sekali

Mereka ni suka kayuh malam, so geng2 kita yang nak join kenalah beli lampu belakang dan torch light sebab bila main kayuh malam ni, kena pastikan org lain nampak kita kayuh, kalu tak kang ada yang kena sodok dek geng kayuh lain.

Masa kebiasaan mereka kayuh malam setiap Malam Khamis dan malam Sabtu dalam pukul 9:30pm dah start berkumpul kat diRoundabout Prima Saujana depan Mamak Maulana.

Fuhh!!, kadang2 bila dah berkumpul tu boleh cecah 17 ke 30 geng kayuh, tu yg membuatkan mata mereka2 yg tengok pasti akan teruja, wahh!!!. ramainya geng basikal, sure depa pun nak cari basikal dan join,.

YOU All are WELCOME to join,..

Bila kita tgk geng2 kayuh yang lain dengan complete set dan basikal yg superb2, menunjukkan memangnya mereka ni serious nak kayuh baru best. Yang join pun ramai gak geng kayuh dari luar kawasan Kajang. Tahniah DRCT team berjaya menarik geng layuh lain join dan memperkenalkan area kita ni sesuai utk dikayuh,..

Semoga dengan usaha ni akan terpahatlah didalam blog2 atau mulut geng kayuh luar sana menghebohkan KAJANG adalah destinasi kayuh “off road” dan merentas desa selain kehebatan serta kelazatan SATAYnya

Saya ini baru aje berjenak dengan kayuh malam,dapat merasai satu pengalaman yang memang best dengan suasana yg tenang, tak panas, releks tengok keindahan malam hari. Nak citer betapa best nya dia, payah sebab kena rasa sendiri baru tau,…

Geng kayuh 1/4j bercadangan nak kongsi kayuhan ini dengan isteri2 pulak, supaya semua samer2 sihat dan menunjukan bahawa aktiviti ni sesuai utk semua tidak dikuasa geng kayuh si suami aje,..

Kalu line clear nanti, kita akan extend buat anak2 join sekali,emmm alamat kecoh dan riuh la satu taman, ni kena booking pak polisi la, utk konvoi sekali hehehehe lepas tu ramai pekena the tarik kat cafĂ© kak Kiah,…


Gambo2 lain yg diceduk dari DRCT blog

Ni kat depa TWIN PALMS nak ke tol Sg Long







Ni depa Stadium Kajang,

Ok itu saje dari Teman kali ni

Wassalam