Tuesday, March 30, 2010

Pecah rumah

Assalammualaikum geng

Semalam, Khairul memanggil geng2 kayuh secara tergempa sebab ada berita kawan kita diblok semiD dah kena pecah masuk rumah,

Aktiviti mereka dalam pukul 10 malam keatas dan pagi seawal 4 pagi,

Cadangan nak mulakan semula kawalan dah nak diwar2kan, ada ada dua pondok pos,
satu kat kawasan bukit dan
satu lagi kat kawasan jalan berhampiran longkang besar

So geng2 semua, kita dah kena mula berhati2 kay, tolong tengok jiran kita sesama
Agak ada bunyi sikit or bunyi motor or kete kat rumah jiran, pakat jengkok dari tingkap

Kalu yg tak kenai tu buat tegur tanya,"Cari saper, lepas tangan pegang camera hp buat record"

Kalu boleh semua buka lampu kat garaj masing2 bila malam, kasi cerah sikit laman kita

Berita pasal kasut2 kita kena kebas nampaknya berlarutan ke laman yg lain, tu dah biasa dengan citer si khairul Myvi,. sport rim dia dah kena kebas,..

Akhir kata, mari kita sama2 membenteras jenayah ni,
Hidup damai di Laman 1/4j kita

Wassalam

Monday, March 15, 2010

Kami merentas lagi!!!!

Assalammualaikum semua di Laman 1/4J,



Hari Ahad bersamaan 14/03/2010, pukul 7:00am

Dalam suasana sejuk pagi Ahad, badan pun rasa agak berat nak bangun, sorang-sorang aku dok jenguk dari tingkap bilik kot2 ada member nak kayuh,..emmm tak keluar pun sorang, tido lagi kot,.. jam dah pukul 7:15am, takpe tunggu lagi, tak jugak nampak bayang sorang pun keluar nak mengayuh,..

Ambik handphone dan sms kat geng kayuh semua, dalam seminit ada balas, haaaa cun ada geng kayuh ari ni, laaaaa si Firdaus kita ni lak flat, sebab buat keja office dari rumah sampai ke subuh tak settle2 lagi, mengerti sebelum aku pun mcm tu jugak,so.. tunggu la aku member yg lain, tak balas pun,..

Dengan semangat berkobar2 ni, aku ambil keputusan aku dulu turun siap2, excerise sikit kat depan garaj, kasi jet sikit, kasi signal ke member yg lain .. tiba2 ada suara dalam kesunyian " Ini dah balik ke,. baru nak gi" laaa si Wak kita, dok perhatikan aku, "Baru nak,. wak so apa lagi wak la kayuh" , wak balas " JOM!!!",.... selang seminit Zul kita pun sms, dia set,.....

Wak dan aku buat warming up nak kasi panas, sound kat Wak tengok krom tak cukup lagi, kasi loceng si Khairul,...tiba2 ada suara dari celah langsir,... " Ari ni kayuh mana ari ni, Sg long ke," fuhh semangat ahli baru ni, aku balas "haaa main sg short aje", khairul signal" tunggggu aku,.."

Haaa khairul ni ahli baru, welcome bro to the world of kayuh,.. basikal dia pun kira hebat dengan Chip berapi kita si Abib, tapi dia lak tak nampak bayang cuba si Iman (anak Abib) aje yg jengok, tanya ayah man, isyarat tido emmm takpe,.. chef kita so kasi hormat,.. nanti dia menyusul kemudian,...

Wak terus ke rumah cari Alim, apa lagi kasi ding dong, rugi tak ajak dia,... kete dia,.. ada buat apa cuti tido aje, akhirnya dia keluar rupa2 nya dia pun dok skodeng kita2 ni gi kayuh tak,... alhamduillah dapat 5 kaki, cun la tu,...

So kami semua berpakat nak panjat tangki air, hehehe nampak semua semangat,. kayuh la alam 5km,... tukar plan lak, macan tak best and advanture, mau kasi kotor basikal, semua setuju,... apa lagi redah hutan la pulak kat area bukti yg kena tarah kat belakang,..sebelum rumah baru nak naik,...

Yaaaa, bermula la adegan kayuh mengayuh dengan gear serendah2 yg ada,... sebab nak lawan lumpur yg lembik setebal sejengkal heheeh, tayar jadi 2 kali ganda, dalam dok kayuh kepenatan ada lak pengacau,. si anjing2 menyalak konon nak takut2 kami dan buat2 berani nak kejar kami heheheh biasa la angjing bila beramai leh menyalak, hehehehe Ni kalu ada Habib ini ,..sure dia dah potong semua kedepan dulu hehehehe, binatang lain tak pe harimau, unta, kambing, ayam...jgn anjing hehehe

Dah lepas satu dugaan, sekarang dugaan mendaki lak,.. heheheh agak curam dan berair so semua berhati2,.. tiba kat si Zul,. bedebok dia tombang sebab kasut dia lock kat pedal, so kaki tak leh mencecah tanah,.. apa lagi dia rebah macam buah nangka tergelincir dan tergolek hehehe kedua2 kaki terangkat keatas hampir mengusur nak kebawah, aku cepat potong gi tarik tangan Zul, kalu tak,... sure,.. ada citer main air terjun sunway lagoon la,..

Ok la penat dok berceloteh aje, kasi gambo dan video pulak, ok enjoy


Hehe Wak tgh menikmati keindahan alam,... oooo mcm tu caranya



Video balik dari pendalaman,



Video menurun bukit



Ni macam biasa, lepas kayuh gi mengobay kat Wak
Kali gi kat RIM, Kedai Halela tutup lak hari minggu ni

Lepas mengobay, so apa lagi balik ke laman
Basikal dah kotor, so masing2 dok sibuk memancut basikal











Chip kita dok tunggu kita, nak pasti anak buah semua sampai selamat
Boring2 sorang, chip jadi pommen rupanya, tu dia, baik punya posing



Jumpa lagi
TQ

Tahun Baru Cina 2010

Salam semua,


Selamat Tahun Baru Cina kepada Poh2 sekeluarga dan terima kasih diatas jemputan Poh2 ke rumah baru2 ni,


Kami semua berkumpul sambil berborak sakan, apa lagi macam biasa pakat2 berposing masing bila tau nak masuk blog heheheh


Haaaa ni dia

gambo nanti sat kay






Anyway Selamat Tahun Baru Cina Poh2 sekeluarga


TQ