Tuesday, December 30, 2008

Geng basikal Laman 1/4J

Assalammualaikum,

Terbentuklah satu pasukan berbasikal di 1/4j kita secara tak rasmi. Aktivitinya boleh dikatakan hebat

Setiap pagi sabtu, ahad atau kira ada hari cuti aje maka menjadilah hari-hari latihan kami
Semuanya bermula dari cetusan idea yg benas dari Zul dan Habib kite setelah berberapa kali berusaha utk mengujudkan team riadah termasuk golf,badminton and ping pong.

Berpusing seluruh taman menjadi track kami, walaupun 30 minit berbasikal berakhir di kedai mamak RIM hehehehehe

Aktiviti terdahsyat setakat ini,
Konvoi bersama pasukan "Menjelajah Mengelilingi Dunia" bermula dari Stadium Kajang ke Tol Batu 11 Cheras sejauh 10 km, berpeluh wea jugak boleh dikatakan terjelur lidah dibuatnya

Sila lihat gambar dibawah sat lagi no,..

Walaupun kami ciput saje dgn keahlian yg memakai baju tak seragam, berserta topi cap aje tak pakai HELMET,tetapi azam dan semangat yang ditunjuk dengan bersungguh-sungguh membuat mereka tercabar sikit,..

Walaupun ada diantara rakan seperjuangan kami terkandas di Petronas Batu 11 akibat basikalnya terkeluar api turbo dan rantainya sudah lari alignment tetapi semangat dia menolak basikalnya balik sampai ke TESCO amat dipuji. Tak larat da berpayung dibawah pokok sambil menantikan rakan-rakan menyelamat dia.

Kepoweran kami, pergi ok kayuh sakan cuba,.... bila balik tompang Pick Up trak hehehehehe kantoi siot tak sanggup nak kayuh balik rumah

Kira ok la tu, for the first try in big event

All the best guys, keep up for the training ok
make sure 7:30am see u @badminton court on training day kita

TQ

Security Guard kiter apa citer

Assalammualaikum

Dua minggu lepas, mereka ada datang wat collect
Sempat la saya berbual dan menanya apa cerita yg berlaku sekarang

Setakat ni, hanya dua org yg permenant staff iaitu Jasni dan Maca sorang tu
Yg lain tu, part time ajer,.. kalu komer lihat sekarang ni

Pengurus dari RAM Guard lak jarang nak melawat kawasan ni kata mereka

So apa yg depa buat, dapat ajer collection, depa yg bagi sendiri gaji among mereka

Perkara yg dikuatirkan
a. Jamin kami sebagai penduduk yg membayar yuran
b. Jamin depa sendiri hanya seramai 2 org utk cover satu taman sekiranya musabah berlaku
c. Kurang sangat rondaan dari mereka, itupun mereka berdua ajer, kalu depa bertugas
d. Kurang kebersihan terutama keadaan pondok dan payung pengawal
e. Kurang seriuos dari mereka cari mengawal

Saya menambah,
Buat masa ni, kami dilaman 1/4j akan HOLD dulu payment sebab nak kaji siasat apa yg sedang berlaku dengan sistem kawalan kita dengan mereka yg bertanggungjawab

Sekiranya kita melihat di taman yg berdekatan dengan Jenaris tu apa ke nama type rumah tu,
kawalan mereka agak konsisten dan bersungguh2 berbanding dengan kita
Pengawal mereka dari satu syarikat yg samer, RAM GUARD

Tu ajer setakat ni
Sila komen

TQ

Penyewa baru di rumah Abas

Setelah perpindahan Abas sekeluarga, rumah mereka sekarang menjadi rumah sewa
Penyewa baru bernama
Nazril dan ruhil emm baru berkahwin masih couple lagi

Anak in progress kot!!!

Selamat datang ke Laman 1/4J kita

Wak kita pindah 100%

Setelah sekian lamer kita melihat Wak Juraimi kita dok berulang dari keramat ke Kajang (KKK),
Akhirnya setelah satu kata putus dicapai, mereka sekeluarga telah berpindah dan menjadi warga laman 1/4j 100% pada 25-12-2008

Alhamdullilah

Selain tu, semangat Wak Kita di kagumi, setelah menjadi geng basikal kita dengan keahlian bernombor ke 6
Bukan hanya satu basikal tetapi 2 basikal,
yaaaa SYABAS

Tahniah Wak!!!!

Monday, December 22, 2008

Majlis Aqiqah 2008

Minggu ni aje ada 2 sahabat kita meraikan anak2 kesayangan mereka dalam Majlis Aqiqah

Sabtu - 20/12/2008
Habib kiter

Ahad - 21/12/2008
Faizal kiter

Tuesday, December 2, 2008

Salam Perpisahan Abas dan keluarga

Setelah dibincang dan dipujuk akhirnya Abas dan keluarga meneruskan untuk berpindah ke Jasin Melaka, rumah baru lagi tu

Meninggalkan kami dan rumah dia yg sedia ada kepada penyewa
Semoga berbahagi dan jangan lupa melawat kami disini
Bila nak ajak kami ke sana

Gambar yg sempat di snapshot, yg lain keep in heart hehehhehe

Dalam kenangan